Program Ihya’ Ramadhan SMESH 2008.
Friday, September 19th, 2008Sepanjang bulan Ramadhan 1429H ini, SMESH telah meneruskan program tahunannya dengan mengadakan program Ihya’ Ramadhan. Banyak aktiviti yang telah disusun sepanjang program ini melibatkan bukan sahaja para pelajar malah seluruh warga SMESH termasuklah pihak pentadbiran, guru-guru dan staf-staf sekolah.
Antara aktiviti yang sedang dan telah dijalankan ialah:-
i. aktiviti solat Zohor berjemaah.
ii. tadarus al-Quran.
iii. iftar jamaie.
iv. solat terawih dan witir berjemaah.
v. aktiviti-aktiviti berbentuk pertandingan ( nasyid, kuiz spontan, pentomen Islam, malam “lailatul rijal” dan “lailatul nisak”, khat dan banyak lagi. )
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada semua warga SMESH. Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga pihak BADAR ucapkan atas komitmen, kesungguhan, kerjasama dan partisipasi yang telah ditunjukkan oelh semua pihak dalam menjalan dan menjayakan program ihya’ Ramadhan tahun ini. Semoga segala apa yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini akan memberi impak dan natijah yang boleh membawa kita semua agar menjadi insan muslim yang mukmin dan dapat pula meneruskan tradisi kecemerlangan SMESH.