Catatan Peristiwa
March 2010
MonTueWedThuFriSatSun
  
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
Makluman
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua Muslimin terutamanya warga SMESH.
Statistik
Pelawat Hari Ini: 0 Jumlah Pelawat: 667 OS: Pelayar Web: Alamat IP: 38.107.191.100 Pelawat Online: 0 Pengguna Online: 0

Kelebihan malam 10 akhir Ramadan.

September 20th, 2008

Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah;

- Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;

“Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

- Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).

Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:

“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)

Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E’zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.

- Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

- Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)

- Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

- Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud : “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)

Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

- Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.

Bilakah Lailatul Qadar? Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari)

Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun.

Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”

- Iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadan yang mana fadilatnya lebih banyak daripada hari biasa. Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.

Rasulullah tidak pernah sekali pun meninggalkan iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan hingga Baginda wafat. Isteri baginda.

- Syarat sah iktikaf: Islam, berakal, tidak berjunub dan bersih daripada haid dan nifas bagi perempuan.

- Niat: Iktikaf adalah ibadat yang tidak sah melainkan dengan niat.

- Masjid: Iktikaf hendaklah dilakukan di masjid.

- Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari ke-20 Ramadan.

- Waktu berakhir iktikaf: Berakhirnya iktikaf adalah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadan.

- Perkara yang membatalkan iktikaf:

- Keluar dari masjid tanpa hajat dengan sengaja.

- Murtad.

- Hilang akal kerana gila atau mabuk.

- Datang haid atau nifas.

- Jimak. Firman Allah bermaksud: “Dan jangan dekati (jimak) mereka (isteri kamu) dalam keadaan kamu beriktikaf dalam masjid.” (Surah al-Baqarah, ayat 187)

- Perkara yang sunat dilakukan.

- Memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, selawat dan doa.

- Menghadiri majlis ilmu, mengulang kaji kitab hadis, tafsir, sirah nabi dan sebagainya.

- Perkara yang harus dilakukan.

- Keluar daripada masjid kerana hajat seperti keluar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara, menziaahi kematian atau orang sakit.

- Begitu juga harus hukumnya mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian. - Petikan Panduan Puasa Ramadan terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Usrah.

September 19th, 2008

Rukun Usrah.

Terdapat 3 rukun usrah yang perlu diketahui oleh semua agar perjalanan usrah yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan dapat membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Rukun-rukun tersebut ialah:-

1. Taaruf ( Saling Berkenalan ).

2. Tafahhum ( Saling memahami ).

3. Takaful ( Saling Membantu ).

Kamar Panitia Pendidikan Islam SMESH 2008.

September 19th, 2008

Jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam SMESH 2008.

Ketua Panitia

Ustzh. Marlina Binti Che Hashim

Ahli Panitia

Ust. Mohd. Zun Bin Buyamin

Ustzh Rokiah Binti Abdullah

Ust. Mohd. Fathil Bin Ismail

Ustzh. Hamidah Binti Mohd. Zain

Ust. W. Ruhazlan Bin Wan Ibrahim

Ust. Zafrul Asmie Bin Abdul Salam

Program Ihya’ Ramadhan SMESH 2008.

September 19th, 2008

Sepanjang bulan Ramadhan 1429H ini, SMESH telah meneruskan program tahunannya dengan mengadakan program Ihya’ Ramadhan. Banyak aktiviti yang telah disusun sepanjang program ini melibatkan bukan sahaja para pelajar malah seluruh warga SMESH termasuklah pihak pentadbiran, guru-guru dan staf-staf sekolah.

Antara aktiviti yang sedang dan telah dijalankan ialah:-

i. aktiviti solat Zohor berjemaah.

ii. tadarus al-Quran.

iii. iftar jamaie.

iv. solat terawih dan witir berjemaah.

v. aktiviti-aktiviti berbentuk pertandingan ( nasyid, kuiz spontan, pentomen Islam, malam “lailatul rijal” dan “lailatul nisak”, khat dan banyak lagi. )

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada semua warga SMESH. Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga pihak BADAR ucapkan atas komitmen, kesungguhan, kerjasama dan partisipasi yang telah ditunjukkan oelh semua pihak dalam menjalan dan menjayakan program ihya’ Ramadhan tahun ini. Semoga segala apa yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini akan memberi impak dan natijah yang boleh membawa kita semua agar menjadi insan muslim yang mukmin dan dapat pula meneruskan tradisi kecemerlangan SMESH.

Lirik Pilihan.

September 19th, 2008
Alam Persekolahan
Album : G.E.N.E.R.A.T.I.O.N.S
Munsyid : Mirwana
http://liriknasyid.com
Allah Oh Tuhan
Pencipta Alam
Kupohon dari-Mu
Berdoa pada-Mu

Allah Oh Tuhan
Terangilah hatiku
Agar ku mampu
Terus maju

Alam
Persekolahan
Penuh dengan
Cabaran

Perlukan
Kesabaran
Keteguhan iman
Oh Tuhan

Kumahu
Menimba ilmu
Agar kumampu
Majukan ummahku

Berusaha perlu
Sedaya yang mampu
Dan berserah pada-Mu
Allah Yang Satu

Menuntut ilmu
Bersabar selalu
Kulengkapkan diriku
Dengan azam baru

Song by Yasin
Lyris by Yasin
Produced by Syah & Yasin
Vocal by Hafiq Tarmizi

Ahlan Wa Sahlan.

September 19th, 2008

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum.

Selamat datang ke blog Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR), Sek. Men. Sains Sabah. Semoga masa yang anda luangkan di laman ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dan dapatlah pula membawa perubahan ke arah yang lebih baik.

Sekiranya anda ada sebarang pandangan dan cadangan atau sesuatu yang ingin dan boleh dikongsikan bersama, emailkan kepada badarsmesh@gmail.com atau cybersufi82@gmail.com.

BADAR SMESH FEED
Madah Kata
Loading Quotes...
  • Masukkan alamat email anda di sini sekiranya anda ingin menerima kemaskini tentang blog BADAR SMESH: